“ Khusus buat pelanggan Sihaté. RM 20,000 jumlah hadiah untuk dibawa pulang. Buat belian produk Sihaté sepanjang tempoh 9 Mei 2022 sehingga 31 Disember 2022 dan anda berpeluang menang pelbagai hadiah menarik.”
1) Terma dan Syarat Cabutan Bertuah
- Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua pelanggan yang membuat belian produk Sihaté SAHAJA dengan bukti resit belian daripada saluran rasmi iaitu Ejen Tib Safarjal, Kedai HT Hub dan laman web.
- Pembelian produk Sihaté dengan:
- Nilai belian terkumpul mingguan RM50 akan layak mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah mingguan.
- Nilai belian terkumpul bulanan RM150 akan layak mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah bulanan.
- Nilai belian terkumpul suku tahunan RM450 akan layak mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah suku tahunan.
- Nilai belian terkumpul tahunan RM1,200 akan layak mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah tahunan.
- Pelanggan WAJIB menghantar borang penyertaan dengan maklumat lengkap melalui link berikut:
- Tempoh belian layak cabutan bertuah
- 9 Mei 2022 sehingga 31 Disember 2022.
- Belian yang dibuat sebelum atau selepas tarikh berkenaan TIDAK diambil kira.
- Dengan menyertai cabutan bertuah ini, setiap pelanggan dengan ini bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur.
2) Langkah untuk Sertai Cabutan Bertuah
- Pelanggan perlu membuat belian produk Sihaté dengan jumlah terkumpul minima seperti yang dinyatakan di dalam terma dan syarat cabutan bertuah. Resit belian WAJIB disimpan sebagai bukti dan semakan.
- Selepas membuat belian, pelanggan WAJIB mengisi borang penyertaan dengan lengkap. Borang penyertaan yang tidak lengkap, terlambat atau bukti pembelian yang tidak sah akan terbatal secara automatik.
- Penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyertaan yang terbatal akibat dari sebab yang dinyatakan di atas. Semua keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad.
3) Cabutan Pemenang
- Cabutan pemenang adalah secara rawak yang akan dibuat pada setiap minggu (Hari Jumaat | 3.30 petang) secara FB LIVE di Facebook Page Sihate.asia bermula
- Pemenang akan dihubungi oleh penganjur semasa FB Live. Sekiranya semasa dihubungi, pemenang tidak menjawab, penganjur berhak membuat cabutan baru.
- Pemenang yang menerima Voucher belian produk hanya sah untuk ditebus sehingga 31 Januari 2023.