11 Khasiat Minyak Zaitun Yang Terbukti Baik Untuk Kesihatan Jika Diamalkan
Ramai yang dah mula amalkan minyak zaitun tetapi bagi yang baru nak cuba, bacalah artikel ini dahulu supaya anda tahu khasiat minyak zaitun untuk kesihatan jika dijadikan amalan buat diri dan keluarga.
Tahukah anda?
- Minyak Zaitun Extra-Virgin (EVOO) merupakan salah satu sebab kenapa warga Sepanyol antara yang terendah menghidapi penyakit jantung di dunia. Mereka mengamalkan diet yang kaya dengan pengambilan minyak zaitun (Mediterranean Diet).
- Negara-negara yang kebanyakan populasinya mengamalkan minyak zaitun seperti Itali, Greek dan Sepanyol dalam pemakanan mereka didapati mempunyai kadar kanser yang jauh lebih rendah berbanding populasi negara Eropah Utara yang kurang mengamalkannya.
Menarikkan fakta ini? Jom baca lebih lanjut.
A) Pengenalan
Minyak Zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil daripada perahan buah zaitun (olea europaea) yang banyak terdapat di rantau Mediterranean seperti di Turki dan Morocco.
Oleh kerana khasiat minyak zaitun yang luar biasa, minyak zaitun telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, kecantikan dan juga di bidang kulinari.
Minyak zaitun terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya:
- Extra Virgin Olive Oil (gred terbaik)
- Virgin Olive Oil
- Extra Light/Light
- Pomace (gred paling rendah)
Extra Virgin Olive Oil dihasilkan melalui perahan sejuk (cold pressed) yang tidak melibatkan sebarang haba dan merupakan gred minyak zaitun yang terbaik dengan harga jualan yang lebih tinggi berbanding jenis lain.
Bagi mereka yang ingin amalkan untuk tujuan kesihatan, minyak zaitun extra virgin adalah pilihan terbaik kerana mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi untuk melindungi sel-sel badan daripada dirosakkan.
Antara jenis minyak & softgel mana yang lebih baik?
Untuk memaksimumkan penyerapan khasiat minyak zaitun kepada tubuh, bentuk minyak adalah lebih baik berbanding softgel. Bentuk kapsul atau softgel bukanlah tidak boleh, tetapi sarungnya perlu dihadam terlebih dahulu sebelum khasiat minyak zaitun diserap oleh usus.
Walaupun teknologi semakin berkembang, sehingga hari ini masyarakat Mediterranean tetap makan minyak zaitun begitu sahaja.
B) Khasiat Minyak Zaitun Yang Terbukti Melalui Kajian
Minyak zaitun memiliki kadar antiradang, antioksida yang tinggi dan bersifat antibakteria yang mampu mencegah seseorang menghidap penyakit kronik. Senarai dibawah adalah 11 khasiat minyak zaitun yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik.
#1 – Membantu mengawal kolesterol dalam badan
Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima dan membantu mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan. Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak “monounsaturated” iaitu sekitar 75-80 peratus, yang membantu membentuk kolesterol baik (HDL) dalam badan.
#2 – Melindungi organ jantung dan mencegah strok
Selain mengawal kolestrol, minyak zaitun bertindak melindungi organ jantung dengan menurunkan tekanan darah, mencegah penggumpalan darah, melindungi dinding pembuluh darah, menurunkan radang. Diet Mediterranean lazimnya mencampurkan minyak zaitun dalam setiap hidangan.
#3 – Membantu mencegah diabetes
Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan “polyunsaturated’, seperti yang terkandung dalam minyak zaitun, dapat membantu mencegah diabetes. Dalam kajian lain yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes dalam kalangan wanita.
#4 – Membantu mencegah kanser payudara
Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara. Di dalam percubaan klinikal yang lain yang dijalankan di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.
#5 – Membantu mencegah penyakit Alzheimer
Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa. Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.
#6 – Membantu menurunkan berat badan
Minyak zaitun merupakan salah satu daftar makanan sihat yang boleh amalkan untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan. Satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan. Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan. Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.
#7 – Memperkukuhkan tulang
Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat. Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.
#8 – Mengurangi risiko kemurungun
Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak. Ini, telah dijumpai, serupa dengan kesan beberapa antidepresi. Mereka yang mengambil minyak zaitun akan mengalami masalah depresi yang lebih rendah iaitu sebanyak 48 peratus.
#9 – Melegakan sembelit dan mencegah radang usus
Minyak zaitun kaya dengan lemak “monounsaturated”. Ini membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah. Ia juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit serta keradangan usus.
#10 – Membantu menghapuskan batu karang pada buah pinggang
Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.
#11 – Memperbaiki kesihatan kulit dan rambut gugur
Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E yang meningkatkan kesihatan kulit dan membantu melawan rambut gugur.
kini anda lebih mengetahui tentang khasiat minyak zaitun untuk kesihatan.
Oleh kerana banyak jenis minyak zaitun yang dijual di pasaran seperti di dalam pasaraya, pastikan anda membeli minyak zaitun yang asli, organik dan semulajadi dari pengusaha yang telus.
Pengambilan minyak zaitun extra virgin yang asli sangat diperlukan supaya kita dapat menerima manfaat yang sebenarnya kerana berdasarkan kajian yang dijalankan University of California di Davis, 2/3 minyak zaitun yang ada di pasaran di California bukanlah minyak zaitun extra-virgin yang sebenar kerana telah melalui proses yang mengurangkan kualiti minyak dan juga minyak tersebut telah bercampur dengan bahan lain seperti kacang soya.
Adakah minyak zaitun extra-virgin yang dijual di pasaran pada harga yang sangat murah sebenar-benarnya extra-virgin? Kemungkinan besar ianya ialah ‘fake’.
Klik link artikel dibawah untuk membaca:
- Ciri-ciri Minyak Zaitun yang Asli dan Organik
Sumber Rujukan:
- https://www.healthline.com/nutrition/11-proven-benefits-of-olive-oil
- https://www.columbiaasia.com/malaysia/health-articles/10-khasiat-luar-biasa-minyak-zaitun-termasuk-turunkan-berat-badan
- https://www.sinarharian.com.my/article/29434/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/khasiat-minyak-zaitun
Leave A Comment